BENGKEL PROJEK KHIDMAT BANTU SEKOLAH (PKBS) PERINGKAT DAERAH SIPITANG 2009-2012

TES Resources

DSC_0033byPicnic DSC_0034byPicnic DSC_0037yPicnic DSC_0056byPicnic

Bengkel ini diadakan pada 23-25.06.2010, bertempat di Pusat Kegitan Guru Sipitang. Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi. Pengerusi bagi bengkel kali ini ialah Encik Daud Bin Yahya. Tujuan bagi bengkel yang diadakan ini adalah untuk mendedahkan kepada guru-guru mengenai Bank Soalan Latih Tubi dan Modul Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 4 yang akan diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Sasaran untuk bengkel ini ialah kepada guru-guru daerah supaya dapat memberikan pendedahan dan kemahiran praktikal untuk membangunkan aplikasi program berasaskan internet yang menjadi sokongan kepada membina bank soalan dan modul tersebut.

Comments

Keceriaan Pusat Kegiatan Guru, Sipitang.

DSC_0006byPicnic DSC_0009byPicnic DSC_0015byPicnic DSC_0018byPicnic

Pada 09.06.2010, kawasan Pusat Kegiatan Guru Sipitang telah di ceriakan semula dan ia adalah hasil daripada pertolongan dari pihak Pejabat Pelajaran Daerah Sipitang. Beberapa kakitangan PPD telah bertungkus – lumus membersihkan dan memeriahkan lagi kawasan PKG. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menceriakan PKG. Jutaan terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang terlibat!

Comments

Pertandingan Bola Jaring Daerah Sipitang

DSC_0074byPicnic DSC_0008byPicnic DSC_0092byPicnic DSC_0093byPicnic

Pada 30.04.2010, pertandingan Bola Jaring telah berlangsung dan bertempat di Dewan SMK Pengiran Omar 2. Beberapa wakil dari sekolah – sekolah turut mengambil bahagian dalam penyertaan pertandingan tersebut.

Comments

Kampus Astro Sipitang

DSC_0383byPicnic DSC_0357byPicnic DSC_0293byPicnic DSC_0303byPicnic

Kampus Astro ini telah diadakan pada 20.04.2010, bertempat di SK Padang Berampah, Sipitang. Pelajar – pelajar turut tidak melepaskan peluang yang ada untuk mempelajari kebaikan dan kelebihan yang telah disediakan oleh Kampus Astro. Pihak Astro juga memberikan kerjasama yang cukup baik bagi membantu pelajar – pelajar tersebut untuk memahami dengan lebih mendalami lagi tentang perkhidmatan dan kegunaan yang telah disedakan oleh Kampus Astro.

Comments

Program Khidmat Bantu SMK Pengiran Omar

DSC_0343byPicnic DSC_0281byPicnic DSC_0348byPicnic DSC_0355byPicnic

Pada 19 dan 20.04.2010 Program Khidmat Bantu di Sekolah SMK Pengiran Omar (SMPO) telah diadakan. Beberapa orang guru dan pegawai dari Pusat Kegiatan Guru turut terlibat dalam menjayakan program tersebut. Program ini dijalankan bertujuan untuk membantu dan menceriakan lagi Pusat sumber sekolah tersebut.

Comments

Fail Meja PSS untuk Guru Perpustakaan dan Media

Makluman kepada semua GPM daerah Sipitang, disini pihak PKG ada menyediakan link untuk rujukan tuan/puan. Sila klik link yang telah disediakan untuk muat turun dan cetak untuk kegunaan semasa tuan/puan menjalankan tugas. Klik disini –> http://www.scribd.com/doc/29937516/Fail-Meja-Pss-Untuk-Gpm-Version-3

Comments (1)

SPPICTS

sppicts

Makluman kepada sekolah-sekolah daerah Sipitang, sistem SPPICTS mempunyai masalah teknikal pada waktu ini. Terdapat tarikh baru bagi pengisian data SPPICTS iaitu bagi daerah Sabah : 19 – 20 April 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php atau berhubung terus kepada pihak PKG. Terima kasih atas kerjasama anda.

Comments

Bengkel Pengisian Data SPPICTS

guru ict guru ict 3 guru ict 4 guru ict (2)

Bengkel tersebut diadakan pada 07.04.2010 bertempat di PKG Sipitang. Guru-guru ICT telah dari seluruh sekolah daerah Sipitang turut hadir. Bengkel diadakan bertujuan untuk pengisian data secara manual memandangkan sistem SPPICTS mempunyai masalah teknikal

Comments

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Sipitang

en.zulkifile hj kassim MTQ guru dan pelajar .

Majlis ini diadakan pada 01.04.2010 bertempat di SMK Pengiran Omar. Juara keseluruhan pertandingan Tadarus Al-Quran bagi peringkat daerah Sipitang dimenangi oleh SK Mesapol. Majlis tersebut dirasmikan oleh DR. Karim Haji Tussin. Tahniah diucapkan kepada pemenang..

Comments

Mesyuarat Kajian Tindakan Siri 2/2010

DSC_0241 DSC_0245 DSC_0246 DSC_0247

Mesyuarat Kajian Tindakan Siri 2/2010 telah diadakan pada 31.03.2010 bersamaan hari Khamis bertempat di Pusat Kegiatan Guru daerah Sipitang. Guru-guru turut hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

Comments

« Previous entries Next Page »